Thursday, January 14, 2016

Do you actually know your human rights?

Assalamualaikum rakan-rakan, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya untuk peperiksaan HAK ASASI MANUSI esok pagi, 15/1/2016. Semoga  kita semua dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan yang diberi. 

Disini suka saya untuk berkongsi satu laman web yang menguji kita tentang Hak Asasi atau lebih tepat, sejauhmana pemahaman kita terhadap Hak Asasi Manusia. Soalan berbentuk kuiz yang santai dan sedikit mencabar. 

Haaaaaa apa lagi? Jom try buat...

Encik Taha pun boleh join kalau nak uji diri. Hehehe.,,,


Semoga Berjaya!!!


KES PEMBUANGAN BAYI

Assalamualaikum,

Baru-baru ini Bandar Baru Bangi dikejutkan dengan penemuan seorang bayi yang ditemui di tinggalkan di tepi longkang.

Seorang remaja lelaki pada mulanya menyangka suara tangisan yang didengarnya adalah suara anak kucing, tetapi sebenarnya ia merupakan suara seorang bayi.

Bayi lelaki yang masih bertali pusat itu dibaluti dengan baju orang dewasa yang diletak di dalam beg plastik berhampiran longkang di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willy Richard berkata bayi itu dijumpai  remaja berusia 16 tahun berkenaan pada pukul 5.05 petang.

"Remaja itu yang dalam perjalanan pulang dari surau dengan menaiki basikal mencari suara tangisan tersebut yang disangkanya dari seekor kucing. Dia kemudian bertemu dengan bungkusan plastik yang kelihatan bergerak-gerak di atas tembok berhampiran longkang itu.

"Sebaik membuka plastik itu, remaja itu terkejut melihat seorang bayi lelaki yang masih hidup dalam plastik tersebut. Terdapat kotoran kehitaman di badan bayi itu yang dipercayai najisnya sewaktu dilahirkan," katanya kepada Bernama.

Willy berkata remaja itu kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada bapanya yang berada di surau di kawasan perumahan berkenaan.

"Bapa remaja itu terus ke tempat tersebut bersama kawannya yang merupakan seorang doktor. Doktor itu memotong tali pusat bayi berkenaan dan membawa bayi itu ke Hospital Kajang," katanya.
Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan mengenai bayi itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkan maklumat.

DIMANAKAH KESEDARAN KITA ?

Pembuangan bayi adalah sesuatu perkara yang dikutuk di dalam agama. Bukan sahaja agama Islam, tetapi semua agama mengutuk perbuatan ini.

Hak Asasi Kanak-kanak sejak kecil lagi adalah untuk mendapatkan perlindungan dan kasih sayang secukupnya daripada ibu dan bapa. Justeru, perbuatan membuang bayi seperti ini sudah tentut melanggar hak asasi kanak-kanak dan mendatangkan kemarahan pelbagai pihak.

BABY HATCH

Baby hatch bukan diwujudkan untuk menggalakkan wanita hamil anak luar nikah, tetapi untuk membantu ibu dan bayi mendapat perlindungan supaya wanita yang mengandung tanpa ikatan perkahwinan tidak melakukan tindakan di luar kewarasan seperti membuang bayi.

Kes pembuangan bayi tidak berlaku hanya selepas kewujudan badan bukan kerajaan seperti Yayasan OrphanCare, tetapi ia terjadi sejak berpuluh tahun dahulu. Kewujudan baby hatch adalah untuk membantu seperti membawa ke hospital dan mendapatkan rawatan, memberi panduan dan kaunseling. 

Tetapi jika sebaliknya, Orphan care - Baby Hatch akan bantu mencari ibu bapa angkat terbaik untuk bayi tersebut. Tohmahan sesetengah pihak bahawa kewujudan baby hatch hanya akan menggalakkan seks bebas dan kehamilan luar nikah adalah tidak munasabah sama sekali. 

Trivia

Baby Hatch (pelindung bayi) pertama dirasmikan pada 29 Mei 2010. Pejabat operasi di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor. Mempunyai dua lagi cawangan di Kota Bharu dan Johor Bahru

Prosedur pengambilan anak angkat baby hatch

1.    Bakal ibu bapa angkat perlu membuat permohonan kepada Yayasan OrphanCare
2.    Penilaian dan temu duga akan dijalankan
3.    Bakal ibu bapa angkat akan ditapis
4.    Sebaik yayasan menerima bayi yang ditinggalkan dalam baby hatch, laporan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dibuat dalam tempoh 24 jam.
5.    Bayi dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
6.    Bakal ibu bapa angkat akan dihubungi memaklumkan mengenai bayi yang bakal mereka terima.
7.    Urusan dokumentasi dijalankan termasuk urusan mahkamah.
8.    Sekiranya semua urusan berjalan lancar, bayi terus diserahkan kepada ibu bapa angkat (tempoh bergantung kepada urusan rawatan, dokumentasi dan kelulusan mahkamah).

Kriteria pemberian anak angkat di OrphanCare

1.    Pendapatan isi rumah.
2.    Keutamaan kepada pasangan yang tiada anak selepas 5 tahun berkahwin.
3.    Seluruh keluarga besar menerima anak yang diangkatkan itu.
4.    Lain-lain faktor seperti ekonomi, kesihatan, dan usia perkahwinan.



Sayangi lah setiap insan yang bernyawa. :)