Sunday, November 1, 2015

HAK PELARIAN (REFUGEES RIGHT)

Pada 21 Oktober 2015, saya telah mengikuti sebuah program bual bicara mengenai pelarian yang bertemakan "The Crisis of Refugees: Between Hope and Despair" anjuran Persatuan Mahasiswa Undang-Undang (PERUNDANG), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sekian lama isu berkaitan pelarian mendapat tempat dan perhatian masyarakat kita bermula sejak isu perlarian dan kekejaman perang salib di Bosnia Herzegovina pada tahun 90-an sehinggalah yang terbaru tentang pelarian etnik Rohingya dan Syria.


Tahukah anda, berjuta-juta pelarian di dunia ini sepatutnya mempunyai hak asasi mereka untuk mendapatkan perlindungan dari sebarang ancaman, hak untuk makan dan minum, mendapat keperluan tempat tinggal yang selesa, hak mendapat pendidikan dan sebagainya? Namun kesemua hak asasi ini sama sekali tidak diterima oleh mereka apatah lagi untuk menikmatinya. Sedangkan mereka semua sepatutnya dilindungi oleh negara-negara ahli. 


United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) merupakan agensi pelarian United Nations yang telah ditubuhkan pada tahun 1951 untuk perlindungan antarabangsa dan penyelesaian kepada pelarian. UNHCR beroperasi untuk melindungi hak pelarian, menggalakkan kesejahteraan mereka dan membantu dalam penyelesaian jangka panjang. 

Siapakah yang dimaksudkan dengan pelarian?

Merujuk kepada Konvensyen Geneva 1951 berkaitan dengan Status pelarian seseorang pelarian merupakan seorang yang berada di luar negara asalnya, mempunyai perasaan takut yang berasas atasi sebab-sebab bangsa, agama, kewarganegaraan, pandangan politik atau keahlian dalam sesuatu kumpulan social, dan disebabkan perasaan takut tersebut, mereka tidak dapat atau tidak sanggup mendapatkan perlindungan negara itu.Sila ambil perhatian jikalau terdapat sebab untuk mempertimbangkan bahawa pemohon bertanggungjawab untuk sebarang jenayah serius pelarian tersebut boleh dikecualikan daripada status perlarian. 


Apakah hak mereka? 

Kebanyakan pelarian menghadapi masalah dan sekatan untuk mendapat pekerjaan, pendidikan formal, perkhidmatan kesihatan dan tempat tinggal. Dari aspek pekerjaan, pelarian sering menderita akibat di exploitasi oleh sesetengah majikan disebabkan oleh status mereka dan juga ketiadaan permit pekerjaan. Perlu diketahui bahawa semua negara yang bernaung dibawah UNHCR perlu bersifat perikemanuisaan dan berpandukan antara lain tanggungjawab dan obligasi seperti yang terkandung dalam triti hak  asasi manusia antarabangsa, terutamanya yang diterima pakai oleh kebanyakan negara seperti Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) yang terpakai kepada semua tanpa mengira status kewarganegaraan atau imigresen seseorang. 

Tambahan pula, di peringkat antarabangsa, CRC menuntut bahawa, paling utama, kanak-kanak asing atau pelarian mesti dianggap dan dilindungi sebagai kanak-kanak, dan meletakkan tanggungjawab ke atas Negara Ahli untuk memastikan kepentingan terbaik kanak-kanak adalah menjadi pertimbangan utama dalam segala tindakan yang melibatkan kanak-kanak. 


"Malaysia selama ini telah banyak mengambil orang yang melaikan diri daripada peperangan, kebuluran dan penganiayaan. Kini kami telahpun mempunyai ratusan ribu migran dan kami kali ini sedia menerima lebih ramai pelarian apabila terdapat krisis kemanuisaan" - Naijib Razak






4 comments:

  1. A154923
    Pada pendapat saya, hak pelarian sangat penting untuk menjaga dan melindungi kebajikan pelarian. Pelarian ini telah hilang tempat tinggal mereka dan mereka memerlukan pihak yang sudi menerima mereka. Hak-hak mereka sering dilupakan seperti berhak untuk mendapati tempat tinggal yang keadaannya bersih, berhak mendapat makanan dan minuman dan berhak untuk mendapat pendidikan. Oleh sebab itu, pihak berkuasa seperti UNHCR perlulah sentiasa memantau dan bersedia untuk memberi perkhidmatan.

    ReplyDelete
  2. Pelarian berhak mendapatkan perlindungan di negara-negara lain. Jika kita melihat isu pelarian sekarang ini, rohingya yang sewaktu mahu datang ke Asia Tenggara, tiada satu negara pun mahukan mereka, namun apabila berita mendedahkan nasib mereka, mulalah negara seperti Malaysia menerima mereka. Seterusnya nasib pelarian syria yang melarikan diri ke negara lain, dan majoritinya mahu ke Eropah atau lagi tepat ke negara Jerman, kerana hanya Jerman negara di Eropah yang menerima ratusan ribu pelarian ke negara mereka. Negara-negara lain hanya membutakan mata dan ada yang menerima dalam jumlah yang kecil. Namun apa yang lagi menyedihkan melihat negara-negara arab seperti UAE, Arab Saudi, Bahrain yang seolah-olah tidak membantu jirannya itu.

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih rakan-rakan yang memberi respond. Saya turut bersetuju dengan pandangan saudari chengwaichun, bantuan perlu diberi pada pelarian dan undang-undang yang lebih serius perlu dibuat untuk melindungi golongan ini.

    ReplyDelete
  4. SITI AISHAH NORZAID / A151685
    Isu pelarian merupakan antara isu terhangat pada masa kini. Dan isu ini seolah-olah tiada jalan menyelesaian. Masing-masing menolak tanggungjawab dan akhirnya nasib mangsa pelarian tidak terbela. Seperti yang lain, golongan ini juga mempunyai hak tersendiri. Namun, hak-hak mereka sering diabaikan. Sebagai contoh, golongan ini berhak mendapat makanan dan minuman dan berhak untuk mendapat pendidikan. Perlu adanya pihak berkuasa yang bangun untuk membela nasib golongan ini.

    ReplyDelete